Friday, March 6, 2009

SHORT BRIEFING ON JAMBOREE HISTORY

Sir Robert Baden-Powell, founder of the Scouting movement, created the idea of holding a large encampment of Scouts and leaders to celebrate Scouting in England. He called it a jamboree.
Starting in 1920, there has usually been a World Boy Scout Jamboree every four years. (The exceptions have been the period between the 1937 Jamboree and the 1947 Jamboree, and the period between the 1975 Jamboree and the 1983 Jamboree). Several years before the event, the World Scout Committee selects a national Scout Association to host the Jamboree. And an effort is made to schedule the event on different continents of the world.
Starting in 1937, the Boy Scouts of America has held 16 National Scout Jamborees. Nearly 654,000 Scouts and leaders from across the nation have shared the jamboree experience since the first jamboree was held at the base of the Washington Monument in our nation's capital.
The nation in which the host association is located becomes the host country. Scouting has been honored philatelically by the host country for the World Boy Scout Jamboree for over 65 years. Beginning in 1929 with the III Jamboree in England, there has been some type of special cancellation. And beginning in 1933 with the IV Jamboree in Hungary, the host country has issued some type of a postal adhesive or postal card.


http://www.sossi.org/jamboree/wjnow.htm

http://www.yosemitejamboree.org/index.php?option=com_content&view=section&layout=blog&id=8&Itemid=44

Monday, February 9, 2009

PENGASAS PERGERAKAN PENGAKAP DUNIA

ROBERT BADEN-POWELL, Pengasas Pergerakan Pengakap Dunia, Ketua Pengakap Dunia.

Potret Baden-Powell yang dipaparkan telah dihasilkan oleh David Jagger pada tahun 1929. Ia dipamerkan kepada beliau pada 6 August 1929 di Jamboree Dunia Ke III di Arrowe Park, Birkenhead, England. Ia dikenali sebagai "Coming Of Age Jamboree" sebagai penghargaan hari ulangtahun ke 21 Pengakap Sedunia. Ia merupakan potret yang paling disukai oleh Baden-Powell. Potret asli beliau dipamerkan di ruang pameran di Ibupejabat Pengakap Dunia (WOSM) di Geneva, Switzerland.


SEJARAH PERGERAKAN PENGAKAP DI MALAYSIA

Sejarah Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia (Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di England).
Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow. Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur setelah G.M.Laidlow meninggal.
Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet, Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R. Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.
Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula, pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab Sultan Abu.Bakar.
Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926 oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun 1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM Tengku Ahmad Temenggong.
Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia), Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan Pengakap Malaysia.

Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap
1910 Singapura F.C. Sands
1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) .
1915 Sabah (tidak aktif sehingga tahun 1930) .
1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman
1919 Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff
1922 Kedah EC Hicks / EAG Stuart / RPS Walker
1926 Perak I.R. Wheeler
1926 Melaka & Negeri Sembilan Brunstone
1926 Selangor Ameen Akbar
1928 Johor
1927 Terengganu A.J. Gracle
1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong
1931 Perlis.


Lambang Pengakap Malaysia
Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu: taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.
Warna kuning, hijau dan merah-melambangkan unit-unit pengakap: kuning bagi Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja.
Dua buah bintang pecah lima berwarna hijau pada kelopak kiri dan kelopak kanan- melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
Ikatan hijau-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.
Lingkaran tali berwarna biru tua-melambangkan perpaduan rakyat Malaysia, iaitu agama Islam.
Warna kuning pada anak bulan dan bintang-menunjukkan warna diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Bintang pecah 14(warna kuning)-melambangkan 14 buah negeri(termasuk Wilayah
Persekutuan) terkandung dalam Malaysia.


Lambang Pengakap Dunia
Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan Pengakap yang tiga, iaitu taat kepada Tuhan, taat kepada Raja dan taat kepada Negara.
Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang Pengakap yang sepuluh itu.
Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan pengakap.
Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan persaudaraan Pengakap Sedunia.
Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.
Warna putih-kesucian dan kebersihan.

PERSETIAAN PENGAKAP
Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia yang saya dengan seberapa daya upaya, saya akan:-
Taat kepada Tuhan,
Raja dan Negara Menolong orang pada setiap masa
Menurut undang-undang pengakap

UNDANG-UNDANG PENGAKAP
Pertama ~ Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai maruah dan kehormatan dirinya.
Kedua ~ Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang Dipertuan Agong, kepada Rajanya, Negaranya, pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu-bapanya, orang-orang di atas dan orang-orang yang dibawahnya.
Ketiga ~ Pengakap wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa.
Keempat ~ Pengakap itu sahabat kepada sekalian dan saudara kepada lain-lain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun.
Kelima ~ Pengakap itu baik dan sempurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi.
Keenam ~ Pengakap itu baik dan kasih kepada segala binatang.
Ketujuh ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu-bapanya, kepala patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya dengana tiada apa-apa soalan.
Kelapan ~ Pengakap itu seorang yang sentiasa sabar dan manis mukanya dalam kesusahan.
Kesembilan ~ Pengakap itu jimat dan cermat
Kesepuluh ~ Pengakap itu bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya.

SALAM PENGAKAP



KOLEKSI LENCANA


Logo Jambori Dunia 1999


Logo Scout Net


Logo Jambori Dunia 2003


Logo Jambori Dunia 2003


Logo Jambori Dunia 1947


Logo Jambori Dunia 1995


Lambang Pengakap Perempuan


Lencana Keahlian

Lencana Ahli Basikal


Lencana Ahli Renang







Lencana Keris Gangsa

Lencana Keris Perak

Lencana Keris Emas







Lencana Ahli Koleksi Hobi

Lencana Pengembara

Lencana Pekerja Am







Lencana Ahli Peladang Kecil

Lencana Ahli Sains

Lencana Pertolongan Cemas







Lencana Ahli Pembaca Buku

Lencana Pembaca Peta

Lencana Penyelamat Nyawa







Lencana Ahli Pelukis

Lencana Permainan

Lencana Pengurus Rumah







Lencana Ahli Penghibur

Lencana Olahraga

Logo Pengakap Dunia







Lencana Ahli Kraftangan

Lencana Pemeliharaan Alam Sekitar

Lencana Pecinta Alam Semulajadi








KOLEKSI LAGU PENGAKAP

Lagu Undang-Undang Dipercayai taat berguna, Bersahabat berbudi, Kasihkan binatang menurut perintah, Tabah hati berjimat,
Suci fikiran, suci perkataan, suci perbuatan

Yepi, Yey, Yey,Yey, Yepi, Yey, Yey,Yey, Yepi, Yey, Yey,Yey. Saya Pilih Pengakap Saja, Siang Jadi Kenangan, Malam Jadi Impian Cintaku Semakin Mendalam
Selamat Jumpa Selamat Jumpa, Selamat Jumpa, Selamat Jumpa Kawanku, Apa Khabar, Apa Khabar, Apa Khabar Kawanku, Senang Hey, Riang Hey, Hura, Hure, Hiro, Enak, Enak, Enak Hey, Enak, Enak, Enak Hey, Hura, Hure, Hiro.

Di sini senang, di sana senang Di sini senang, di sana senang, Di mana-mana hatiku senang, Di sini senang, di sana senang, Di mana-mana hatiku senang, Saudara, saudari, La…la…la….la…la..la…la……, Saudara, saudari, La…la…la….la…la..la…la……
Di sini kita berkumpul Di sini, di sini kita berkumpul, Di sini, di sini kita berkumpul, Salam, salam,salam,salam, salam, hoi.. Here we're, here we're Here we're again, Here we're, here we're Here we're again, Hello, hello, hello, hello, hello, hoi.. Cai ceni, cai ceni wama chai cehe ni, Cai ceni, cai ceni wama chai cehe ni, Auma, auma,auma, auma, auma, hoi… Engapo, engapo, engapo ring ghe Engapo, engapo, engapo ring ghe Manikam, manikam, manikam, manikam, manikam, hoi… Saya dari Malaysia suka hati, Saya dari Malaysia suka hati, Suka, suka, suka, suka, suka hati, Saya dari Kuala Lumpur suka hati, Saya dari Kuala Lumpur suka hati, Suka, suka, suka, suka, suka hati,

Kalau rasa gembira Kalau rasa gembira, tepuk tangan, Kalau rasa gembira, tepuk tangan, Kalau rasa gembira begini la caranya, Kalau rasa gembira, tepuk tangan. Kalau rasa gembira, petik jari, Kalau rasa gembira, petik jari, Kalau rasa gembira begini la caranya, Kalau rasa gembira, petik jari. Kalau rasa gembira, cubit peha, Kalau rasa gembira, cubit peha, Kalau rasa gembira begini la caranya, Kalau rasa gembira, cubit peha. Kalau rasa gembira, hentak kaki, Kalau rasa gembira, hentak kaki, Kalau rasa gembira begini la caranya, Kalau rasa gembira, hentak kaki. Kalau rasa gembira, kata horey, Kalau rasa gembira, kata horey, Kalau rasa gembira begini la caranya, Kalau rasa gembira, kata horey











ANTARA CADANGAN AKTIVITI UNIT PKK
Laung Agong
Persetiaan Pengakap
Undang-undang Pengakap
Kawat Asas
Istiadat Bendera
Simpulan dan Ikatan
Pertolongan Cemas
Isyarat Sulit Pengakap
Memasak
Berkhemah secara Pengakap
Gajet-gajet Asas
Kembara/ Tracking
ANTARA AKTIVITI KHAS UNIT PKK
Kursus Ketua Enam Sekawan
Kursus Kemahiran Pengakap Kanak-Kanak
Kursus Lencana Keris
Kursus Ketua Petrol
Kursus Lencana Kemajuan
Pioneering Projek
Hari Pengakap Sedunia
Kempori / Korobori / Rovermoot / Jambori
Indaba / Gillwell Union
Kursus-Kursus Kepimpinan Manikayu
Kursus Jurulatih ( CLT )
Kursus Penolong Jurulatih ( CALT )
Kursus Kemahiran Dan Teknik Untuk Pemimpin